Skip to main content

Permainan Tradisional di Malaysia


PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA!

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing.

JENIS PERMAINAN DALAM KAUM MELAYU!
1) SEPAK RAGA
 Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

2) BATU SEREMBAN
   Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

3) CONGKAK
Congkak adalah sejenis permainan berasaskan  matematik yang dimainkan oleh kaum wanita zaman dahulu. Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan  papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok. Congkak mempunyai 5, 7 atau 9 lubang yang dipanggil kampung dengan satu  lubang besar  di bahagian hujung dipanggil rumah. Setiap set congkak mempunyai set kiri dan kanan kampung dengan rumah masing-masing dan memerlukan dua orang pemain.Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.  

4) GASING
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

JENIS PERMAINAN DALAM KAUM CINA!

1) MAHJONG
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

2) GO

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

3) XIANG QI

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

4) YO-YO CHINA

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

JENIS PERMAINAN DALAM KAUM INDIA!

1) KHO-KHO


 'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.


2) KABADI



Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.

3) CHATURANGA

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.
Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu. Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.


KESIMPULAN!


     Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang.

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Sukan Di Malaysia

 TOKOH SUKAN DI MALAYSIA 1) MOHAMMAD FAIZ SUBRI Mohd Faiz Subri (lahir pada 8 November 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Pulau Pinang sebagai pemain tengah (Attacking Midfielder) atau Penyerang (Striker). Faiz dilahirkan dan dibesarkan di Air Hitam Kedah. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik dan dia adalah yang ketiga. Tanggal 10 Januari 2017 Malaysia telah berjaya memahat nama di arena bola sepak dunia dengan kemenangan Mohd Faiz Subri di anugerah FIFA PUSKAS Award 2016. Nama Mohd Faiz Subri kini terpahat dalam sejarah bola sepak dunia apabila pemain Pulau Pinang ini berjaya merangkul Anugerah Puskas 2016 pada majlis Anugerah Bola sepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland. 2) DATO' LEE CHONG WEI Lee Chong Wei adalah pemain badminton profesional Malaysia yang terpuji persembahan dalam permainan selama bertahun-tahun telah dianugerah gelaran 'Dato' dan status seorang wira negara. Sepanjang ker

Kesenian di Malaysia

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) , seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain yang dicipta dengan bakat (kecekapan) hasil daripada sesuatu ciptaan. Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan). Kesenian adalah aspek-aspek yang diadakan untuk dipamer atau dipertontonkan kepada khalayak. Ia meliputi : - MUZIK - TARIAN - TEATER - ALAT MUZIK - KRAF TANGAN       1.     MUZIK : Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini. Istimewanya, pelbagai etnik teermasuk kaum majority Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di Negara lain. Disini, kami kupaskan beberapa muzik dan juga alat muzik terkenal di Malaysia. Antaranya:-                         i.          Gamelan ·       Gamelan diperkenalkan ketika zaman pemerinta

Pakaian Kebudayaan di Malaysia

MELAYU   Baju melayu ialah pakaian tradisional dan kebangasaan lelaki melayu. Baju melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitubaju (kemeja lengan panjang) dan seluar serta dilengkapi dengan ssamping dan songkok. Baju melayu terdepat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju melayu biasnya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal dan sebagai pakaian adat.    Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita melayu. Baju kurung terbahagi kepada dua iaitu baju kurung lelaki dan baju kurung perempuan. Baju kurung lelaki juga dikenali sebagai baju melayu.ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia dan Brunei, juga boleh didapatidi Indonesia, Singapura dan Thailand. CINA    Cheongsam atau disebut sebagai Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama cheongsam bererti “pakaian panjang” , diterjemahkan ke dalam Bahasa
Free MALAYSIA Cursors at www.totallyfreecursors.com