Skip to main content

Kesenian di Malaysia

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) , seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain yang dicipta dengan bakat (kecekapan) hasil daripada sesuatu ciptaan.

Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).

Kesenian adalah aspek-aspek yang diadakan untuk dipamer atau dipertontonkan kepada khalayak. Ia meliputi :

- MUZIK
- TARIAN
- TEATER
- ALAT MUZIK
- KRAF TANGAN

     1.    MUZIK :

Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini. Istimewanya, pelbagai etnik teermasuk kaum majority Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di Negara lain.

Disini, kami kupaskan beberapa muzik dan juga alat muzik terkenal di Malaysia. Antaranya:-

                        i.         Gamelan
·      Gamelan diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah. Pada tahun 1915, Tengku Ampuan Mariam, anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set gamelan dibawah jagaannya di Pahang dan dibawa ke istana Maziah Terengganu bagi melatih rakyat Terengganu untuk bermain gamelan. Terdapat beberapa jenis gamelan antaranya ialah Gamelan Jawa, Gamelan Bali, Gamelan Sunda, Gamelan Banyuwangi dan Gamelan Kromong.

                       ii.         Dondang Sayang
·      Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang sering digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih mereka. Dondang Sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang di sampaikan secara spontan oleh penyanyinya.


                     iii.         Dikir Barat
·      Dikir Barat merupakan teater tradisional yang digemari oleh masyarakat Melayu Kelantan dan Patani. Dalam persembahan Dikir Barat, terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh Tukang Karut dan Tok Juara. Dikir Barat mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1930an oleh anak tempatan iaitu Tuan Haji Mat Saleh bin Haji Ahmad. Antara ahli yang terlibat dalam kumpulan Dikir Barat ialah seorang juara, tukang karut dan beberapa orang awak-awak.




2.    TARIAN :

Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat melayu,india,cina, iban dan sumazau. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan,kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.

                        i.         Tarian Zapin
·      Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.

                       ii.         Tarian Naga
·      Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik. Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu,sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.



                     iii.         Tarian Kathak
·      Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud "seni bercerita". Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Kathak ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan dipercayai dari Tarian Sufi dari Turki.



3.    TEATER :

Teater ialah tempat persembahan-persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis persembahan teater. Antaranya ialah opera, balet, pantomim dan wayang kulit. Selain itu, menurut Prof. Datin Dr. Rahmah Hj. Bujang dalam bukunya yang berjudul Glosari Kesenian Melayu, teater ialah sebarang perlakuan kisah atau cerita dalam satu kawasan yang ditentukan sebagai pentas untuk perlakuannya dan menuntut pergerakan fizikal; dengan mempunyai komponen aksi dan reaksi para pelaku, iaitu para pelakon, dan pemerhati, iaitu audiens atau penontonnya.
i.               Wayang Kulit
·      Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka. Wayang Kulit dari segi rekod bertulis berasal dari China, sejak Dinasti Han. Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Indonesia, Thailand, dan Malaysia, yang terutama berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand, Jawa dan disebelah timur dan utara semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu.



4.    ALAT MUZIK :

Alat muzik merujuk kepada alat yang digunakan khas bagi menghasilkan muzik. Antara alat muzik yang digunakan untuk menghasilkan muzik tradisional ialah:

i.               Gong
·      Gong merupakan sejenis alat muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunani. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan. Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.


ii.              Kompang
·      Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.


5.    KRAF TANGAN :

Masyarakat Malaysia juga kaya dengan seni ukir dan kraftangan. Kebanyakan seni ukir ini bermotifkan alam semula jadi. Hasil seni ukir ini dapat kita lihat di rumah tradisional masyarakat Melayu, di kepala perahu dan di hulu keris. Bagi masyarakat Cina, seni ukiran berbentuk naga akan diukir di tokong. Masyarakat Cina juga amat popular dengan seni kaligrafi. Bagi masyarakat India pula, satu hasil seni yang paling unik adalah seni menghasillkan ‘kolam’. Kolam ini dibuat daripada beras yang berwarna-warni. Kolam ini akan dihias di hadapan pintu masuk rumah sempena sambutan Deepavali. Di Sabah dan Sarawak, hasil ukiran daripada tanah liat adalah paling popular. Ukiran berbentuk bunga atau burung akan dihasilkan pada pasu bunga atau pada tempayan.

i.               Songket
·      Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun dengan mesin tradisional, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau. Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.



ii.              Batik
·      Batik berasal daripada perkataan Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui selama lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Jepun, Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama, merangkumi negara-negara Asia Tenggara.









Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tokoh Sukan Di Malaysia

 TOKOH SUKAN DI MALAYSIA 1) MOHAMMAD FAIZ SUBRI Mohd Faiz Subri (lahir pada 8 November 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Pulau Pinang sebagai pemain tengah (Attacking Midfielder) atau Penyerang (Striker). Faiz dilahirkan dan dibesarkan di Air Hitam Kedah. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik dan dia adalah yang ketiga. Tanggal 10 Januari 2017 Malaysia telah berjaya memahat nama di arena bola sepak dunia dengan kemenangan Mohd Faiz Subri di anugerah FIFA PUSKAS Award 2016. Nama Mohd Faiz Subri kini terpahat dalam sejarah bola sepak dunia apabila pemain Pulau Pinang ini berjaya merangkul Anugerah Puskas 2016 pada majlis Anugerah Bola sepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland. 2) DATO' LEE CHONG WEI Lee Chong Wei adalah pemain badminton profesional Malaysia yang terpuji persembahan dalam permainan selama bertahun-tahun telah dianugerah gelaran 'Dato' dan status seorang wira negara. Sepanjang ker

Pakaian Kebudayaan di Malaysia

MELAYU   Baju melayu ialah pakaian tradisional dan kebangasaan lelaki melayu. Baju melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitubaju (kemeja lengan panjang) dan seluar serta dilengkapi dengan ssamping dan songkok. Baju melayu terdepat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju melayu biasnya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal dan sebagai pakaian adat.    Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita melayu. Baju kurung terbahagi kepada dua iaitu baju kurung lelaki dan baju kurung perempuan. Baju kurung lelaki juga dikenali sebagai baju melayu.ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia dan Brunei, juga boleh didapatidi Indonesia, Singapura dan Thailand. CINA    Cheongsam atau disebut sebagai Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama cheongsam bererti “pakaian panjang” , diterjemahkan ke dalam Bahasa
Free MALAYSIA Cursors at www.totallyfreecursors.com