VIA FERRATA GUNUNG KINABALU
Via ferrata (atau laluan besi dalam bahasa Itali) merupakan jalan gunung yang merangkumi beberapa siri anak tangga, rel dan kabel yang melekap pada permukaan batu. Terdapat lebih daripada 300 laluan via ferrata di dunia dan via ferrata tertinggi di dunia kini boleh ditemui di Gunung Kinabalu di Malaysia, di mana poin tertinggi bermula pada ketinggian 3,400 meter dan berakhir pada ketinggian 3,800 meter. Ini kali pertama sukan mendaki gunung menggunakan via ferrata diperkenalkan di Asia.
Aktiviti untuk semua, via ferrata dibina untuk membantu mereka yang ada sedikit atau tiada pengalaman langsung untuk sampai ke permukaan batu yang biasanya dicapai oleh pendaki berpengalaman. Ada beberapa keperluan yang perlu dipenuhi sebelum menjalani aktiviti via ferrata, termasuk tahap kesihatan sederhana, mampu untuk mendaki setinggii 3,200 meter dalam masa 6 jam, berumur sekurang-kurangnya 10 tahun, berketinggian sekurang-kurangnya 1.3 meter; dan paling penting tidak takut pada ketinggian (atau sanggup untuk mengatasi rasa gayat).
Aktiviti ini pengalaman mencabar dan bagi mereka yang berminat untuk merasai sendiri via ferrata di Gunung Kinabalu, anda perlu tahu bahawa laluan untuk mereka yang baru mencuba adalah merasai pengalaman pertama mendaki dinding granit Gunung Kinabalu (pendakian kira-kira 2–3 jam).
Laluan pertengahan mengambil masa 4 - 5 jam perjalanan dan sebagai ganjaran para pendaki akan dapat menikmati keindahan pemandangan yang cantik.
PULAU SIPADAN
Mendiang Jacques Cousteau, ahli ilmu alam lautan yang terkenal di seluruh dunia, pernah menyifatkan Pulau Sipadan sebagai hasil seni yang tidak tercemar manakala penyelam di seluruh dunia mengundi pulau ini sebagai salah satu daripada lima tapak menyelam terbaik di dunia.
Terletak 700m dari dasar laut dan hanya berkeluasan 12 hektar, satu-satunya pulau laut di Malaysia ini mempunyai saiz yang agak kecil. Pelawat boleh berjalan mengelilingi pulau ini dalam masa 25 minit sahaja, tetapi ia menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang dikelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.
Diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh pemerintah Borneo Utara ketika itu. Ia diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia. Kawasan hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, 'sunbird', 'starling' dan burung punai. Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kenari yang menarik bertaburan di tepi pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan. Anda pasti akan terserempak dengan penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu semasa menyelam di sekitar perairan pulau terumbu karang ini.
BATU CAVES
Batu Caves merupakan satu tarikan pelancong yang menjadi ikon popular di Selangor.
Tapak sebuah kuil Hindu dan tempat suci, Batu Caves menghimpunkan beribu-ribu penganut dan pelancong, terutamanya semasa perayaan tahunan Hindu, Thaipusam.
Kawasan batu kapur yang terletak di utara Kuala Lumpur, Batu Caves mempunyai tiga gua utama yang menempatkan kuil-kuil dan tempat-tempat suci Hindu.
Tarikan utamanya adalah patung besar Dewa Hindu di pintu masuk, selain mendaki 272 anak tangga yang curam untuk melihat pemandangan kaki langit pusat bandar yang menakjubkan.
Monyet bermain-main di sekitar gua, ia sebuah tempat yang popular untuk penggemar mendaki gunung. Lukisan tuhan-tuhan Hindu juga boleh dilihat di Gua Ramayana.
Batu Caves merupakan tempat yang harus anda kunjungi dalam lawatan seterusnya ke Malaysia!
PULAU LANGKAWI
Di luar pantai Kedah terdapat gugusan 99 buah pulau yang ada pelbagai tarikan menarik: pantai yang cantik, kemudahan infrastruktur yang bertaraf dunia, kawasan paya bakau yang kaya dengan flora dan fauna, pengalaman membeli-belah bebas cukai yang sangat murah dan legenda yang menarik.
Langkawi mempunyai kisah legenda berpanjangan yang tersimpul rapi dalam sejarahnya. Tanya sesiapa sahaja di pulau itu mengenai kisah tragik seorang perempuan cantik bernama Mahsuri, dan anda akan mendengar sebuah kisah cinta, cemburu dan satu sumpahan yang telah dikenakan ke atas pulau ini olehnya selama tujuh keturunan.
Hari ini, generasi ketujuh penduduk Langkawai telah lama berlalu pergi, tetapi masyarakat di sini masih mempercayai bahawa kekayaan dan kesejahteraan yang dinikmati pulau itu kini dan sumpahan yang dikenakan bukanlah satu kebetulan. Mistisisme legenda ini boleh dirasai di banyak tempat di pulau ini, terutamanya di Makam Mahsuri (Mahsuri Mausoleum), tempat di mana Mahsuri disemadikan.
Walaupun kelihatan seperti cenderung kepada pelancongan, kebanyakan penduduk pulau ini bekerja sebagai petani, nelayan dan usahawan. Nikmati keindahan kawasan desa dan sawah padi yang menenangkan dengan menyewa kereta dan bersiar-siar di sekitar pulau. Beberapa pemandangan suasana desa yang terbaik terdapat di sepanjang jalan mengelilingi pulau.
Anda akan dapat melihat kampung-kampung kecil dengan rumah kayu yang dikelilingi oleh pokok palma, dan kanak-kanak sibuk mengayuh basikal bersiar-siar di desa. Selain daripada menikmati cara hidup masyarakat tempat, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Langkawi. Rasai pengalaman menaiki kereta kebal yang mendebarkan ke puncak Gunung Mat Cincang - gunung kedua tertinggi di Langkawi - untuk menikmati pemandangan keseluruhan pulau yang mengasyikkan.
Destinasi terkenal yang lain adalah Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh (The Seven Wells) dan Pantai Pasir Hitam. Lawatan bot disediakan ke Tasik Dayang Bunting (Lake of the Pregnant Maiden), Gua Cerita (Cave of Stories) dan Gua Langsir (Curtain Cave).
Untuk menghabiskan masa dengan alam semulajadi, anda boleh menjelajah merentasi hutan hujan dara yang meliputi hampir seluruh Langkawi, atau menaiki bot melalui kawasan paya bakau. Anda juga boleh pergi menyelam, atau bermain golf di beberapa resort 5 bintang. Langkawi juga mempunyai satu dunia bawah air, dengan terowong bawah tanah yang merentasi sebuah akuarium gergasi, yang menjadi bualan ramai.
CAMERON HIGHLANDS
Terdapat banyak yang ingin dilihat dan dilakukan di Cameron Highlands, pusat peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia. Berjalan-jalan melalui kampung-kampung kecil yang indah, lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas serta menikmati makan malam di tempat penginapan ala Tudor; banyak sekali aktiviti menarik di sini untuk anda dan sekeluarga.
Satu lagi aktiviti yang popular di Cameron Highlands, sebenarnya lebih kepada tradisi, ialah menikmati teh dan skon. Tradisi ala Inggeris ini mengingatkan kembali kepada zaman pegawai kolonial Inggeris menggunakan lokasi berbukit ini sebagai tempat persinggahan yang menyejukkan dari haba panas kawasan tanah rendah. Memerhati burung dan trekking juga merupakan antara aktiviti popular di sini.
Terletak 1,500 meter di atas paras laut, Cameron Highlands terdiri dari beberapa pekan kecil antaranya Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Apa yang lebih menarik, ianya mudah bagi anda yang ingin berkunjung ke sana. Cameron Highlands terletak kurang dari satu jam perjalanan dari Lebuhraya Utara-Selatan yang utama, anda cuma perlu mengambil masa 3.5 jam memandu dari Kuala Lumpur.
Satu lagi aktiviti yang popular di Cameron Highlands, sebenarnya lebih kepada tradisi, ialah menikmati teh dan skon. Tradisi ala Inggeris ini mengingatkan kembali kepada zaman pegawai kolonial Inggeris menggunakan lokasi berbukit ini sebagai tempat persinggahan yang menyejukkan dari haba panas kawasan tanah rendah. Memerhati burung dan trekking juga merupakan antara aktiviti popular di sini.
Terletak 1,500 meter di atas paras laut, Cameron Highlands terdiri dari beberapa pekan kecil antaranya Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Apa yang lebih menarik, ianya mudah bagi anda yang ingin berkunjung ke sana. Cameron Highlands terletak kurang dari satu jam perjalanan dari Lebuhraya Utara-Selatan yang utama, anda cuma perlu mengambil masa 3.5 jam memandu dari Kuala Lumpur.
Comments
Post a Comment