Malaysia amat kaya dengan makanan tradisionalnya yang membuatkan para penduduk tempatan serta pelancong lebih tertarik dengan negara ini. Terdapat beberapa makanan tradisional di Malaysia yang popular seperti nasi lemak, lemang, otak-otak, kuih bulan, zong zi, kuih bakul, murukku, roti canai, dan tosai.
Makanan Tradisional Kaum Melayu
Makanan Tradisional Kaum Melayu
NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan
makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan
pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa,
bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi
lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan
telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan
disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati
lembu.
LEMANG
Lemang ialah sejenis
makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari
Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang
telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini
dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras
pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak
yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
OTAK-OTAK
Otak-otak adalah sejenis
makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai
makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu
“Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”Pada lazimnya ia dibungkus dengan
daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit
popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat
daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak
ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun
kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa.
Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.
Makanan Tradisional Kaum Cina
KUIH BULAN
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering
dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina
Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa
pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang-
undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya
tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina
dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa
bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai-
ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara
untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini
di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali
sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan
yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan
kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih
Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih
Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan
mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
ZONG ZI
Zongzi atau biasa disebut
Ba Tzang adalah makanan tradisional Tiongkok yang terbuat dari beras ketan dan
dibungkus dengan daun bambu. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan
Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada bulan ke lima Imlek untuk
memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan
Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat
istana untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan
lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap
peperangan di tanah air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke
sungai Miluo. Orang-orang mencuba menyelamatkannya dengan melempari
bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi makan para ikan agar mereka
tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian
dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang.
KUIH BAKUL
Kuih Bakul atau Nian Gao ialah
makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol..
Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris
dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa
tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” di mana perkataan
gāo berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti
“semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan,
setingkat lagi kemajuan”.Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi
ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung
kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk
mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah
jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari
Guangdong.
Kuih Tradisional Kaum India
MURUKKU
Murukku adalah makanan tradisional kaum India
Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil
Nadu. Murukku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa
di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang
dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad
dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang
asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya
berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas
seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.
ROTI CANAI
Roti canai atau paratha dan
puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti
canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh
sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin
mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan
darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.
TOSAI
Tosai ini mempunyai banyak
nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai
ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur,
tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan
oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana
gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional
ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan
malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan
pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar
india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi
dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
Comments
Post a Comment